Sinopsis:
Kajian untuk menganalisis tahap kepuasan masyarakat FELDA terhadap program dan aktiviti anjuran FELDA selepas 50 tahun dibangunkan serta cadangan penambahbaikan bagi mendepani fasa mengurus kejayaan. Kajian melibatkan peneroka, isteri peneroka, anak/menantu peneroka dan cucu peneroka.
Kaedah dan Pendekatan:
- Munaqasyah bersama pakar rujuk dan pihak pengurusan FELDA
- Penggubalan kerangka konseptual formula ukuran tahap kepuasan
- Sesi soal selidik secara langsung, pos dan internet
- Perbincangan bengkel focus group
- Penggubalan model memahami gelagat kelompok masyarakat FELDA
Pencapaian:
Sesi soal selidik telah dijalankan ke atas 24,893 orang responden di tanah rancangan FELDA di seluruh Malaysia.