KAJIAN KEPUASAN WARGA PENEROKA FELDA SELEPAS 50 TAHUN

Sinopsis:
Kajian untuk menganalisis tahap kepuasan masyarakat FELDA terhadap program dan aktiviti anjuran FELDA selepas 50 tahun dibangunkan serta cadangan penambahbaikan bagi mendepani fasa mengurus kejayaan. Kajian melibatkan peneroka, isteri peneroka, anak/menantu peneroka dan cucu peneroka.

Kaedah dan Pendekatan:
  • Munaqasyah bersama pakar rujuk dan pihak pengurusan FELDA
  • Penggubalan kerangka konseptual formula ukuran tahap kepuasan
  • Sesi soal selidik secara langsung, pos dan internet
  • Perbincangan bengkel focus group
  • Penggubalan model memahami gelagat kelompok masyarakat FELDA
 Pencapaian:
Sesi soal selidik telah dijalankan ke atas 24,893 orang responden di tanah rancangan FELDA di seluruh Malaysia.

KAJIAN IMPAK PROGRAM INFODESA

Sinopsis:
Kajian untuk menilai impak Program Infodesa (penyediaan prasarana ICT di kawasan pedalaman) terhadap sosioekonomi masyarakat. Kajian melibatkan 20 Medan InfoDesa (Pusat ICT) terpilih di seluruh negara. Responden terdiri daripada kepimpinan kampung, belia dewasa, pelajar sekolah dan warga tua.

Kaedah dan Pendekatan:
  • Pembentukan kerangka kajian dan mekanisme pengukuran
  • Penelitian segi strategik, taktikal dan operasi Program Infodesa
  • Sesi soal selidik umum, soal selidik pengurus Medan Info Desa dan soal selidik agensi pelaksana
  • Penganalisisan impak sosioekonomi terhadap penduduk setempat dan sekitar
  • Penggubalan model tanda aras Medan InfoDesa
Pencapaian:
Sesi soal selidik telah dijalankan ke atas 6,763 orang responden yang tinggal di dalam kampung dan di luar kampung. Laporan disediakan dalam versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.



KAJIAN KEBERKESANAN DASAR-DASAR PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Sinopsis:
Kajian untuk menilai keberkesanan 22 dasar pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dalam tempoh 2001 sehingga 2007. Kajian melibatkan lima strata iaitu orang awam, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, penjawat awam dan pendidik.

Kaedah dan Pendekatan:
  • Pembentukan kerangka kajian dan mekanisme pengukuran
  • Meneliti polisi, strategi dan program yang sedia ada
  • Soal selidik umum dan soal selidik spesifik bagi lapan dasar terpilih
  • Diagnosis tahap pengetahuan, penglibatan dan tahap keberkesanan responden
  • Penggubalan falsafah Urus Tadbir Dinamik
Pencapaian:
Sesi soal selidik telah dijalankan ke atas 1,802 orang responden di seluruh negeri Selangor. Laporan kajian telah disediakan dalam versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.